Saturday 18 February 2012

DOA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada yang sudi membaca serta berkongsi maklumat dalam blog ini.








aktiviti

soalan 1: Siapakah yang patut kita doakan terlebih dahulu? sila beri komen berkenaan dengan jawapan anda.
              _________________________________________________________________________

soalan 2 : Doa untuk ibu bapa adalah yang terbaik, berikan komen anda tentang ini.
               _________________________________________________________________________


Monday 26 December 2011

Doa



Assalammualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada yang sudi membaca serta berkongsi maklumat dalam blog ini

Tujuan blog ini 
 Blog ini bertujuan untuk menerima pandangan daripada pelajar-pelajar dan juga sebagai bahan maklumat khususnya kepada semua penguna internet dan para remaja.Disamping itu ianya dapat memberi pengajaran serta pembelajaran untuk setiap manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Tujuan pembelajaran
Untuk memberi pengetahuan  kepada  para pelajar tentang doa ,tentang kepentingan doa, definisi-definisi doa ,adab-adab berdoa, waktu yang sesuai untuk berdoa,dapat mengetahui doa-doa yang baik dalam internet, dapat beberapa panduan untuk berdoa serta berbagai-bagai lagi sumber maklumat tentang doa.


Definisi Doa

Doa ialah memohon sesuatu kebaikan daripada Allah dan menolak sebarang pekara yang tidak baik.

Kepentingan doa dalam hidup mukmin

Akhirat

  1. Untuk mendapatkan syafaat
  2. Untuk mendapatkan keampunan
  3. Mendapatkan balasan syurga
  4. Terhindar dari api neraka
Dunia
  1. Diredahi dan dikasihi Allah
  2. Dapat petunjuk daripada Allah
  3. Rezeki yang berkat
  4. Jiwa yang tenag dan tenteram


Tujuan berdoa
  1. Memperoleh kebaikan serta kejayaan dunia dan akhirat
  2. Elak daripada rasa kecewa contahnya putus asa
  3. Antara amalan yang di sukai oleh Allah
  4. Menjadi orang yang tabah dalam menghadapi ujuan Allah


Adab berdoa
  1. Suci daripada hadas dan najis
  2. Berdoa dengan hati yang iklas
  3. Berdoa dengan khusyuk
  4. Mengangkat kedua-dua tangan
  5. Mulakan dengan basmalah
  6. Berselawat ke atas nabi di awal dan di akhir doa
  7. Memilih masa dan waktu yang mustajab
  8. Menghadap kiblat


Waktu mustajab berdoa
  1. Semasa hujan turun
  2. Ketika di dalam masjid,surau dan musolah
  3. Selepas solat fardu
  4. Awal pagi
  5. Antara dua khutbah,seperti solat jumaat,solat sunat hari raya
  6. Lepas azan
  7. Semasa memenziarahi makam nabi


Hikmah 
  1. Mendidik jiwa mengingati Allah dalam masa susah dan senang
  2. Sentiasa dikasihi dan diredahi oleh Allah
  3. Sebagai satu usaha setelah berusaha
  4. Melatih diri menjadi sabar,bertawakal dan bersyukur

Doa yang saya ingin kongsikan ini

kehebatan Doa kepada anak-anak


Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka.mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga.ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Sedangkan, dalam Al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibubapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.


Doa ibubapa untuk anak mereka,seperti didalam  Al-Quran


Doa memohon rahmat,surah Ali-Imran, ayat 8-9



mereka berdoa dengan berkata):"Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu:sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Ynag melimpah pemberianNya.


Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada ) satu hari (hari akhirat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).



Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan


Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41)




Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah
juga zuriat keturunanku.Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku


"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
Surah Ibrahim ayat 41


Doa anak taat kepada Allah S.W.T, surah Al - Baqarah (ayat 128).


Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam
(yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan
kami: umat Islam(yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
 Al baqarah 2 : 128

Diantara aktiviti yang hendak kita sama-sama 

sila tingalkan komen selepas membaca blog ini..terima kasih...